CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4940|Reply: 0

Red Bull ambil langkah berani – Perez

[Copy link]
Post time 21-2-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

PEREZ (kanan) mahu membalas kepercayaan Red Bull kerana mengekalkannya menghadapi saingan musim ini. – RED BULL RACING

LONDON – Pelumba Mexico, Sergio Perez memuji keberanian Red Bull Racing selepas melihat pasukan itu benar-benar agresif membuat keputusan menukar konsep pada jentera baharu RB20 menjelang aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain, 2 Mac ini.

Red Bull menjadi pasukan F1 terakhir yang memperkenalkan jentera 2024 mereka ming­gu lepas terutama dengan reka bentuk yang memaparkan beberapa idea berani terutamanya di sekitar bahagian ‘sidepod’ dan ­penutup enjin.

Pastinya, Red Bull tidak mahu ketinggalan dengan persaing terutama Mercedes dan Ferrari, sekali gus dilihat melakukan sedikit perubahan agar mereka terus mendominasi perlumbaan tersebut seperti musim lalu.

Pada musim lalu, Red Bull menampilkan aksi dominan apabila memenangi 21 daripada 22 perlumbaan dengan juara dunia tiga kali, Verstappen mencatat 19 ­kemenangan.

“Saya benar-benar terkejut, ia menunjukkan pasukan sedang mencari sesuatu untuk bergerak ke hadapan dan melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlumbaan musim 2024.

“Ia juga membuktikan pasukan dahagakan kejayaan. Tahun lalu kami mempunyai jentera yang begitu dominan dan saya fikir Red Bull mengambil langkah berani apabila menukar konsep dengan begitu banyak,” kata Perez.

Dalam pada itu, Perez bertekad mengembalikan kepercayaan Red Bull selepas mengekalkan namanya dalam pasukan walaupun keting­galan 290 mata di belakang rakan sepasukannya, Verstappen.

“Kami mempunyai beberapa masalah semasa kereta dibangunkan dan tahun ini saya tidak mahu masalah itu mengganggu. Saya akan cuba mencari jalan terbaik untuk terus melakar kemena­ngan,” kata Perez yang mempunyai kontrak bersama Red Bull se­hingga penghujung tahun ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ngkah-berani-perez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list