CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] DBKL keluarkan 79 kompaun, tutup 3 premis kotor

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

DBKL mengeluarkan 79 kompaun dan mengarahkan tiga premis makanan di ibu kota ditutup, selepas tahap kebersihan masing-masing termasuk petugas serta persekitaran didapati tidak memuaskan dan melanggar undang-undang.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 79 kompaun dan mengarahkan tiga premis makanan di ibu kota ditutup, selepas tahap kebersihan masing-masing termasuk petugas serta persekitaran didapati tidak memuaskan dan melanggar undang-undang.

DBKL dalam kenyataannya, berkata Operasi Sepadu Bersih itu membabitkan pemeriksaan ke atas 93 premis perniagaan di sekitar The Garden Mall (Parlimen Lembah Pantai), Jalan Jalil Perkasa (Parlimen Seputeh), Jalan Manis 3, Taman Segar (Parlimen Cheras), Jalan Leboh Ampang dan Jalan Tengkat Tong Shin (Parlimen Bukit Bintang), Taman Sri Sinar dan 1 Mont Kiara (Parlimen Segambut).

Bagaimanapun katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, 34 premis didapati ditutup atau tidak beroperasi, menyebabkan hanya 59 premis diperiksa.

"Berdasarkan pemeriksaan, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.



"Selain itu, 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, UUK Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976," kata DBKL menerusi perkongsian di Facebook semalam.

DBKL berkata, pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.

"DBKL akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... utup-3-premis-kotor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list