CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5439|Reply: 0

[Melaka] 232 PATI dicekup, tinggal dalam rumah teres sedang dibina

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 232 PATI dicekup dalam serbuan di tapak pembinaan rumah teres di Tiang Dua, Melaka, awal pagi tadi. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seramai 232 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya dicekup Jabatan Imigresen (JIM) dalam operasi bersepadu Op Sapu di sebuah tapak pembinaan kediaman teres di Tiang Dua di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan selama empat jam sehingga pukul 3 pagi itu, kesemua PATI ditahan berusia antara 24 hingga 70 tahun dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, hasil risikan dilakukan, seramai 356 pekerja warga asing berjaya dikepung dan 232 daripadanya telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Mengikut pecahan, seramai 82 lelaki dan 12 wanita ditahan adalah warga Indonesia, manakala 134 lelaki dari Bangladesh, seorang Pakistan dan tiga lelaki Myanmar.

“Kebanyakan mereka dicekup ketika sedang tidur di rumah kongsi serta rumah teres yang masih dalam pembinaan, malah ada yang bersembunyi dalam longkang,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat operasi.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebahagian PATI memberikan alasan menggunakan rumah yang sedang dibina sebagai kediaman mereka ekoran rumah kongsi yang ada sudah terlalu padat.

“Kesemua disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) AI 1959/63 kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... eres-sedang-dibina/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.097400 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list