CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24271|Reply: 0

[Johor] Murid, pelajar di Johor sudah selesai terima Bantuan Awal Persekolahan

[Copy link]
Post time 4-3-2024 12:38 AM | Show all posts |Read mode


AZNAN menyempurnakan Program Bantuan Kasih Murid Peringkat Negeri Johor 2024. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Seramai 523,342 murid dan pelajar di negeri ini selesai menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang keseluruhannya berjumlah RM78.5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, pemberian BAP itu membabitkan murid dan pelajar di 1,193 sekolah rendah serta menengah di seluruh negeri ini.

"Berkaitan BAP, pengagihan yang diberikan daripada Kerajaan Pusat sudah selesai diberikan hujung bulan lalu membabitkan 523,342 murid dan pelajar di Johor.

"Selain daripada bantuan ini, kerajaan negeri turut memberikan bantuan tambahan menerusi program Bantuan Kasih Murid Johor," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Bantuan Kasih Murid Peringkat Negeri Johor 2024 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di sini, hari ini.

Aznan berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi program Bantuan Kasih Murid Johor yang juga bantuan awal persekolahan.

Katanya, menerusi program itu, ia akan memanfaatkan 11,200 murid di negeri ini dengan peruntukan RM50,000 disalurkan kepada setiap 56 kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk diagihkan.

"Bantuan yang diberikan antaranya membabitkan kelengkapan persekolahan dan fokus bantuan ini diberikan kepada murid dari golongan kurang berkemampuan serta asnaf.

"Ini adalah hasrat Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga kurang berkemampuan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.487764 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list