CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6661|Reply: 0

ABK: Peluang Arif Aiman catat ‘hatrik’ makin hampir

[Copy link]
Post time 16-3-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman antara pemain pilihan untuk meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ketiga berturut-turut. Foto ihsan JDT

MISI pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi untuk mendapat gelaran hatrik Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia mungkin menjadi kenyataan selepas Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 bakal dilangsung tidak lama lagi.

Ketua pegawai eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam mengakui pihaknya ketika ini masih lagi mencari waktu yang sesuai untuk menganjurkan anugerah pengiktiran berprestij bola sepak tempatan itu.

Kata Stuart, perancangan sudah dibuat sejak Disember lepas dan kini harapan pihaknya agar anugerah itu dapat dilangsungkan sebelum saingan liga musim 2024/2025 bermula Mei depan.

“Kita akan umumkan tarikh secepat mungkin, sebelum ini disebabkan kekangan jadual (skuad kebangsaan). ABK tidak boleh dianjurkan dengan kehadiran warga MFL sahaja.

“Skuad kebangsaan telah mengharungi jadual padat sempena Piala Asia 2023 pada Januari hingga Februari lepas dan sekarang kelab-kelab pula sedang mengharungi fasa persiapan pramusim.

“Selain itu, pasukan Harimau Malaya juga sekali lagi menjalani sesi latihan pusat ketika ini dan mustahil untuk anjurkan ABK tanpa kehadiran pemain.

“Percaturan ABK itu sudah ada, tetapi sekarang ini juga musim puasa dan bakal menyambut hari raya bulan depan. Namun, kami jamin ia akan dianjurkan sebelum saingan liga bermula nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sebagai rekod, 16 kategori yang dipertandingkan dalam majlis Anugerah ABK 2023 kali ini.

Arif Aiman yang berjaya membantu JDT menjulang kejayaan ‘double quadruple’ dengan menjulang trofi Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala Malaysia diramal menjadi pilihan untuk kekalkan status MVP kali ini.

Namun, pemain berusia 22 tahun itu dijangka menerima cabaran sengit daripada bintang pasukan Selangor FC, Faisal Halim yang turut berada pada prestasi terbaik tahun lalu meskipun tidak menang sebarang trofi domestik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... atrik-makin-hampir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047362 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list