CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12031|Reply: 0

[Perak] Permit masuk HSK di Hulu Perak dibeku serta-merta

[Copy link]
Post time 16-3-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

JABATAN Perhutanan Perak mengeluarkan notis arahan pembekuan kelulusan permit memasuki empat hutan simpan kekal (HSK) di daerah Hulu Perak bagi tujuan rekreasi berkuat kuasa serta-merta. FOTO Arkib NSTP

Ipoh: Jabatan Perhutanan Perak mengeluarkan notis arahan pembekuan kelulusan permit memasuki empat hutan simpan kekal (HSK) di daerah Hulu Perak bagi tujuan rekreasi berkuat kuasa serta-merta.

Pengarahnya Datuk Basri Abdul Manaf berkata tempoh pembekuan itu selama tiga bulan bermula semalam hingga 15 Jun depan bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan terhadap sumber hutan.

Beliau berkata hutan yang terbabit adalah Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik.

"Kesemua pemberian Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal bagi tujuan rekreasi seperti aktiviti pacuan empat roda, 'motorcross', basikal lasak, memancing dan lain-lain lagi kita telah bekukan sejak semalam.



"Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini adalah di atas risiko sendiri dan boleh disabitkan mengikut Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial apabila menggunakan bahan letupan bagi tujuan menangkap ikan termasuk kelah iaitu spesies ikan dilindungi di kawasan pertemuan Kuala Sungai Mangga dan Sungai Senga, Hutan Simpan Temengor, Hulu Perak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekumpulan individu yang sedang melakukan aktiviti berkaitan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan itu hingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temengor membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini.

"Saya berasa amat sedih dan kecewa atas sikap dan kejadian yang tidak boleh diterima ini kerana ia merosakkan ekosistem ikan kelah yang juga spesies dilindungi.

"Kita menentang sekeras-kerasnya aktiviti seumpama ini dan menjadi keutamaan saya untuk kekang perkara seperti ini daripada berulang," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dibeku-serta-merta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048638 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list