CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5603|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hati-hati 'Pig Butchering Scam' mula menular di Malaysia

[Copy link]
Post time 17-3-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Sindiket penipuan bertaraf global dikenali sebagai 'Pig Butchering Scam' dikesan sudah mula memasuki negara ini melalui penipuan 'Love Scam'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati sindiket penipuan itu sudah memasuki negara ini namun ia terarah kepada 'Love Scam'.

"Cuma ada kelainan sedikit kerana mangsa akan diyakini dalam tempoh masa tertentu sebelum mereka mula melakukan penipuan.

"Akhirnya mangsa yang terpedaya ditipu dan kehilangan wang simpanan mereka kepada sindiket terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.


Harian Metro sebelum ini melaporkan, polis memantau sindiket penipuan bertaraf global yang menipu mangsa melalui pelbagai skim termasuklah pelaburan mata wang kripto.

Sindiket dikenali sebagai 'Pig Butchering Scam' itu setakat ini dilapor membabitkan jumlah kerugian AS$75 bilion.

Ramli dilaporkan berkata, penipuan yang pelbagai itu digabungkan dan digelar sebagai 'Pig Butchering Scam' kerana merujuk kepada amalan penternak yang menggemukkan seekor khinzir sebelum ia disembelih.

"Secara signifikannya, penipuan ini berkembang dengan sangat pesat dan menjadi kebimbangan global.

"Sindiket ini dikesan beroperasi di Asia Tenggara dengan menjadikan tapak bekas kasino sebagai markas operasi mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... menular-di-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061305 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list