CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3629|Reply: 0

Pilj lengkapkan tujuh import TFC

[Copy link]
Post time 18-3-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Pilj menjadi pemain import terakhir yang menyertai TFC musim ini. - Foto TFC

KUALA TERENGGANU: Jentera tengah skuad Terengganu FC (TFC) bakal bertambah mantap dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini kerana skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu secara rasmi mengumumkan 'arkitek' baharu kelahiran Osijek, Croatia, Marin Pilj pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, bekas pemain tengah kelab Varazdin dalam Liga Croatia itu diikat selama semusim.

Jelasnya, pemain berusia 27 tahun yang berketinggian 1.65 meter itu secara rasmi mengisi kuota pemain import bebas sekali gus melengkapkan senarai tujuh pemain import musim ini.



"Pemain itu (Pilj) sah menjadi menjadi pemain import terakhir skuad TFC pada musim ini dengan kontrak selama semusim, pemain yang menjadi pilihan ketua jurulatih itu adalah import kuota bebas.

"Kita harap dia yang akan memakai jersi bernombor 60 itu mampu memantapkan lagi jentera tengah pasukan," ujar Mohd Sabri.

Berdasarkan rekod, pakar sepakan percuma itu sudah membuat 48 penampilan dengan meledak tiga gol bersama kelab terakhirnya itu.

Kehadiran pemain itu bakal memberikan peluang yang lebih luas kepada ketua jurulatih selepas sebelum ini mengikat dua lagi tonggak import tengah iaitu Nurillo Tukhtasinov (Uzbekistan) dan pemain kebangsaan Filipina, Manuel Ott selain bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan.

Selain Pilj, Tukhtasinov dan Ott, skuad itu mempunyai empat lagi tenaga import iaitu Ivan Mamut (Croatia), Ismaheel Akinade (Nigeria), Mathew Steenvoorden (Belanda) dan pemain yang masih menunggu status naturalisasi, Argzim Redzovic dari Montenegro.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-tujuh-import-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 1.107316 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list