CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3615|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bekas isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta suami bergelar 'Datuk'

[Copy link]
Post time 18-3-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Shah Alam mengenakan denda RM1,000 kepada seorang wanita atas sabitan kesalahan merosakkan kereta bekas suaminya bergelar 'Datuk' berikutan perceraian talak tiga melalui mesej WhatsApp selepas tiga bulan berkahwin.

Lelaki itu yang juga pakar bedah mengahwini wanita berkenaan sebagai isteri keduanya pada April 2020, walaupun isteri pertama tidak bersetuju.

Mahkamah juga mengarahkan wanita terbabit dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Majistret, Sasha Diana Sabtu, dalam keputusannya pada pada akhir kes pembelaan, mendapati pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.



Mahkamah berpuas hati bahawa bukti menunjukkan bahawa tindakan berulang tertuduh membawa kepada kerosakan pada kereta itu, namun pada masa sama percaya ia dilakukan dalam keadaan terdesak.

Lelaki itu yang juga pengadu kes tanpa belas kasihan menafikan tertuduh peluang untuk membincangkan masalah rumah tangga mereka.

"Tertuduh berasa kecewa dan terdesak sehingga terpaksa menunggu di luar rumah pengadu.

"Pengadu masih enggan bercakap ketika ditemui tertuduh. Semua ini menyebabkan tertuduh terdesak dan beremosi sehingga mula merosakkan tingkap dan cermin depan kereta supaya lelaki itu keluar dari kenderaan dan bercakap dengannya.

"Sekiranya pengadu memberi ruang untuk perbincangan dan mengendalikan perceraian dengan belas kasihan serta ihsan, tertuduh tidak perlu mengambil langkah terdesak seperti itu.

"Hukuman yang dijatuhkan mahkamah tidak berpihak atau atas faktor simpati, sebaliknya dengan pertimbangan sewajarnya mengenai apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 13 Mac lalu yang dimuat naik dalam sistem e-kehakiman.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah hospital swasta di Shah Alam, meyakinkan wanita itu bahawa akan berbincang dengan isteri pertama selepas mereka berkahwin.

Namun pada 21 Julai tahun sama, lelaki berkenaan menghantar mesej WhatsApp untuk menceraikan tertuduh dengan talak tiga.

Wanita itu juga dihubungi polis yang memaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh lelaki itu mendakwa kad akaun bank milik syarikat milik mereka dicuri.

Kecewa dengan tindakan itu, tertuduh pada 24 Julai 2020 pergi ke rumah bekas suaminya itu.

Sejurus melihat lelaki berkenaan tiba di rumah pada jam 12 tengah malam, wanita itu mengetuk tingkap kereta untuk bercakap dengannya.

Lelaki itu yang terkejut tidak membuka pintu kereta kerana wanita berkenaan sedang menjerit kepadanya.

Lelaki berkenaan yang cuba meninggalkan lokasi itu menyebabkan bekas isterinya itu melompat atas kereta dan merosakkan cermin depan yang mengakibatkan keretakan.

Lelaki itu mengundur BMW 530 dengan wanita berkenaan masih di atas kereta sebelum memandu ke arah simpang kawasan perumahan itu.

Lelaki itu membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum wanita itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kerosakan kereta yang menyebabkan kerugian RM5,000.

https://www.bharian.com.my/berit ... uami-bergelar-datuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.078286 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list