CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5144|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami isteri dituduh dera anak guna rotan, penyangkut baju

[Copy link]
Post time 4-4-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak lelaki mereka yang berusia lima tahun, sejak April 2023.

Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama didakwa menganiayai atau bertindak secara cuai hingga kecederaan fizikal secara memukul menggunakan rotan dan penyangkut baju pada tubuh badan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pancaindera 6, Mantin, dekat Nilai antara April 2023 sehingga 23 Mac tahun ini.


Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz, menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh yang ketika ini belum diwakili peguam.

Sebutan semula bagi laporan perubatan ditetapkan pada 17 Mei depan.
https://www.bharian.com.my/berit ... tan-penyangkut-baju

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069176 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list