CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11000|Reply: 0

[Sarawak] Pencalonan Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak dibuka

[Copy link]
Post time 5-4-2024 06:00 AM | Show all posts |Read mode


Penggiat industri pelancongan merakam gambar bersama Audry (duduk tengah) dan Chua (duduk tiga kiri).

BINTULU: Pencalonan Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) ke-9 kini terbuka untuk disertai orang ramai bagi membolehkan penggiat industri pelancongan serta penyedia pelancongan yang ada di negeri ini diiktiraf dan dihargai.

Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) mengesahkan 11 penyertaan sehingga kini untuk SHTA ke-9 tersebut dengan majlis anugerah dijadualkan akan berlangsung pada 27 September di Hikmah Exhange Event Centre, Jalan Haji Taha Kuching tahun ini.

Presidennya merangkap pengerusi bersama SHTA ke-9, Audry Wan Ulok berkata, SHTA bertujuan menghargai lima tahun (2019-2023) pencapaian luar biasa bertemakan 'Wind of Resilience' yang melambangkan kekuatan dan kebolehsuaian yang ditunjukkan individu dan organisasi dalam menghadapi cabaran melalui pergolakan angin pandemik global.

“Sertai kami sekarang dan menjadi sebahagian daripada meraikan kecemerlangan. Jangan lepaskan peluang ini untuk memberi tumpuan kepada calon-calon yang layak yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang masing-masing,” katanya pada Sesi Libat Urus SHTA ke-9 yang diadakan di Hotel Fairfield by Marriott Bintulu Paragon di sini hari ini.

Audry berkata, anugerah tahun ini akan menampilkan lapan kategori anugerah utama iaitu Pelancong dan Pemandu Pelancong Operator Pelancong Terbaik, Penginapan Terbaik, Pengalaman Makan Terbaik, Peruncitan dan Rekreasi Terbaik, Pelancongan Minat Khas Terbaik, Pengalaman Tarikan Terbaik, Promosi Terbaik dan Sumbangan Media Sosial Kepada Industri Pelancongan, Pengalaman Acara dan Festival Pelancongan Terbaik dan Anugerah Burung Enggang Istimewa.

“Selain itu, kami akan memasukkan 27 sub kategori untuk mencerminkan komitmen kami mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dalam semua aspek industri pelancongan," ujarnya.

Beliau menyenaraikan contoh kategori baharu termasuk Spa dan Kesejahteraan, Pelancongan Pendidikan dan Perubatan, Sarawak Malaysia My Second Home (S-MM2H) serta menampilkan Inisiatif Pelancongan Terbaik Komuniti dan Anugerah Khas Untuk Pelancongan Bertanggungjawab.

“Semua kategori SHTA ke-9 terbuka untuk pencalonan, sama ada melalui pencalonan sendiri atau oleh mana-mana ahli industri pelancongan, kecuali Anugerah Khas Hornbill - Pencapaian Sepanjang Hayat dan Anugerah Khas Hornbill - Anugerah Pengiktirafan Khas (Era COVID),” katanya.

Beliau berkata, pencalonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman web rasmi shta.com.my atau dihantar ke STF dan tarikh tutup pencalonan ialah 30 April.

Selain itu, STF juga telah melibatkan panel terhormat yang terdiri daripada 46 hakim yang terdiri daripada ahli daripada sektor awam dan swasta, akan mempengerusikan proses penghakiman bagi anugerah itu.

Audry berkata, hakim-hakim berkenaan telah mengadakan bengkel berwawasan pada 14 Mac lepas sebagai persediaan untuk tugas proses penilaian untuk anugerah itu.

“Para penerima anugerah akan diberi ganjaran bukan sahaja hadiah wang tetapi juga trofi berprestij, sijil dan liputan media yang meluas untuk menghargai pencapaian cemerlang mereka,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat STF Kerimayum Kiding di talian 0129840930.

Sesi libat urus itu melibatkan tiga bahagian di Sarawak iaitu di Sibu (3 April), Bintulu (4 April), dan Miri (5 April):

Hadir sama Pengerusi penganjur merangkap Setiausaha Agung Kehormat STF, Chua Juan Chuan @ J.C. Chua.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062271 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list