CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15111|Reply: 0

[Kedah] Jangan tunggu bayar zakat fitrah akhir waktu - Sultan Kedah

[Copy link]
Post time 8-4-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Jangan tunggu bayar zakat fitrah akhir waktu - Sultan Kedah

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

08 April 2024 01:31pm




Sultan Sallehuddin perkenan berangkat menunaikan bayaran zakat fitrah bagi Tahun 2024 di Pejabat Baginda di Wisma Darul Aman, di sini, pada Ahad.




ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, perkenan berangkat menunaikan bayaran zakat fitrah bagi Tahun 2024 di Pejabat Baginda di Wisma Darul Aman, di sini, pada Ahad.

Pembayaran zakat fitrah bagi Tahun 2024 diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman selaku amil dan turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi LZNK, Datuk Seri Norizan Khazali.



Dalam majlis sama, Sultan Sallehuddin bertitah kepada semua rakyat negeri Kedah agar segera menunaikan kewajipan zakat fitrah pada tahun ini kepada LZNK.

Rakyat dititahkan agar tidak menangguhkannya sehingga ke akhir waktu bagi mengelakkan daripada terlupa atau terlepas pandang kewajipan ini.



Kadar zakat fitrah pada tahun ini ditetapkan pada 3 kadar pilihan, iaitu RM7.00 untuk beras tempatan dan seumpamanya, RM14.50 untuk beras import dan seumpamanya serta RM22.00 untuk beras Basmathi dan seumpamanya.

Semua umat Islam adalah digalakkan membayar zakat fitrah masing-masing mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list