CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5930|Reply: 0

Jangan bandingkan saya dengan Kane - Jesus

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 9-4-2024 08:10 AM





JESUS pada sesi latihan pasukan Arsenal. -Reuters

London: Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus berkata adalah tidak adil untuk membandingkan rekod jaringannya yang hambar dengan Harry Kane kerana bintang Bayern Munich itu adalah "penyudah terbaik di dunia."

Kane kembali ke utara London buat kali pertama sejak meninggalkan Tottenham tahun lalu ketika Bayern bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini di Arsenal.

Penjaring rekod Tottenham itu mengekalkan naluri pemangsanya di Jerman, menjaringkan 38 gol dalam semua kejohanan walaupun Bayern mempamerkan prestasi hambar musim ini.

Berbeza dengan prestasi prolifik Kane, Jesus hanya menjaringkan lapan gol untuk pendahulu Liga Perdana, Arsenal musim ini dan hanya sekali dalam 10 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, Jesus sering ditempatkan di bahagian sayap dan bukannya sebagai penyerang tengah dan pemain antarabangsa Brazil itu merasakan dia menawarkan kualiti alternatif kepada Kane.


"Walaupun saya bermain dalam kedudukan seperti mereka bermain dalam setiap perlawanan, saya fikir ia tidak adil untuk membandingkan kerana kami adalah jenis pemain yang berbeza," kata Jesus.


"Tidak ramai yang mahu melihat permainan seperti itu. Saya bermain musim ini mungkin 40 peratus di bahagian sayap.

"Orang ramai hanya mahu tahu keputusan dan sama ada saya menjaringkan gol atau tidak. Itulah bola sepak hari ini.

"Orang ramai mahukan statistik. Ia bukan sahaja dengan saya tetapi dengan ramai penyerang. Saya tidak akan pernah mengeluh atau membandingkan dengan seseorang, saya akan sentiasa berusaha untuk bekerja.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-dengan-kane-jesus



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047863 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list