CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27619|Reply: 0

[Sarawak] Ahli-ahli JKKK digesa bertindak sebagai ejen perubahan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 07:03 PM | Show all posts |Read mode


Mong menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

SRI AMAN: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) digesa bertindak sebagai ejen perubahan dan penyampai maklumat kepada kerajaan tentang isu kebajikan dan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, setiap ahli JKKK umpama jambatan menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

"Setiap JKKK perlu mengutarakan masalah rakyat. Sekiranya JKKK tidak memberi kerjasama erat dengan kerajaan maka sukar kerajaan menyalurkan projek pembangunan di sebuah kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tina Majing, Tembawai Papan Jumbit, Melugu Skim dekat sini.

Mong berkata, penubuhan JKKK adalah satu strategi mewujudkan masyarakat berdikari dan proaktif dalam aktiviti pembangunan.

"Organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai sebuah jentera pentadbir paling asas.

"Justeru, amat mustahak bagi setiap JKKK diberi latihan serta kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbiran, pengurusan dan pembangunan ke arah pembentukan JKKK berwawasan, berdikari, produktif dan sentiasa maju," jelasnya.

Hadir sama ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 2.219266 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list