CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5520|Reply: 0

Cleylton anggap Kedah pilihan terbaik kembang karier

[Copy link]
Post time 16-4-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Pemain import pertahanan KDA FC Jose Cleylton ceria selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas semalam. - NSTP/Izzali Ismail

ALOR SETAR: Pemain pertahanan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Jose Cleylton yakin Kedah adalah destinasi terbaiknya mencari pengalaman baharu dalam kariernya.

Pemain yang berasal dari Fortaleza, Brazil berusia 31 tahun ini yang tiba di sini semalam berkata, beliau sedar bakal menggalas cabaran yang besar untuk mengemudi benteng skuad kendalian Nafuzi Zain.

Pemain yang pernah beraksi bersama pemain import Kenari, Habib Haroon akan bergandingan bersama pemain tempatan seperti Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Akmal Zahir, Zambri Pin dan Ariff Farhan.

"Meskipun Liga M ini sesuatu yang baharu buat saya, saya harap dapat menyesuaikan diri dengan segera dan membentuk benteng yang teguh bersama pemain lain," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas semalam.


Cleylton mengakui gembira kerana dapat bersatu semula dengan Habib sejak kali terakhir bermain bersama di kelab Al-Khaldiya Sports Club di Bahrain pada 2020.

"Kehadiran Habib turut meningkat keyakinan saya untuk memulakan aksi bersama Kedah selepas memiliki persefahaman yang baik di Bahrain sebelum ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan ... baik-kembang-karier
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 1.639425 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list