CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5275|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis minta saksi kemalangan maut tampil salur maklumat

[Copy link]
Post time 19-4-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Polis minta saksi kemalangan maut tampil salur maklumat

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

19 April 2024 03:32pm








Gambar hiasan




BUTTERWORTH - Polis meminta orang awam yang melihat kemalangan maut membabitkan dua kenderaan di lampu isyarat di Bagan Lalang pada 17 April lalu tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Izwan Abd Karim berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang warga emas dengan sebuah Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki.



Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal berusia 66 tahun yang datang dari arah Bagan Ajam menghala ke Bagan Lalang.
"Ketika melalui lampu isyarat di situ, Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun datang dari arah Sungai Dua menghala ke Raja Uda telah melanggar penunggang motosikal terbabit.


"Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya namun disahkan meninggal dunia di unit kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana pelbagai kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

"Orang awam yang menyaksikan kemalangan itu atau mempunyai maklumat lanjut, diminta datang ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Rizal Mohd Saberi di talian 018-4022120 atau 04-5741421," katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.084824 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list