CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Sarawak] Pendedahan awal IT kepada kanak-kanak pupuk generasi celik digital

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Marinda menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak tabika.

SRI AMAN: Pendedahan awal kanak-kanak terhadap pembelajaran teknologi maklumat (IT) dilihat mampu melahirkan golongan itu sebagai celik digital.

Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim berkata, sesi pembelajaran di peringkat usia berkenaan bukan hanya tertumpu kepada sesi pembeajaran membaca, mengeja, menulis dan mengira, sebaliknya perlu didedahkan dengan pembelajaran modul pendidikan IT.

“Ini penting kerana ia merupakan satu usaha untuk melahirkan golongan tersebut sebagai golongan celik digital selari dengan arus pembangunan negara yang semakin mencabar,” ujarnya ketika berucap merasmikan Kelas Celik Digital sesi 2024 anjuran Tabika KEMAS Melugu Skim dan Tabika KEMAS Entulang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu dekat sini, hari ini.

“Saya sangat memuji usaha kedua-dua kelas tabika ini kerana mempunyai inisiatif yang sangat baik untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak kepada penguasaan ilmu IT.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan agar anak-anak yang diajar menggunakan komputer sebagai asas ini dapat mengetahui dan mengenali komponen komputer, selain mempelajari ilmu asas lain,” jelasnya.

“Saya akan membawa perkara ini ke tabika-tabika lain di kawasan Sri Aman dan Lubok Antu agar turut sama mengambil peluang sebegini untuk mewujudkan kelas celik digital.

“Kita mahu guru-guru tabika kita mengambil peluang keemasan ini untuk memupuk anak-anak didik mereka menguasai ilmu IT dengan menjalin kerjasama dengan pihak (NaDi) yang berdekatan,” katanya.  

Sementara itu, Pengerusi Tabika KEMAS Melugu Skim Tuai Rumah Siti Amid mahu kelas celik digital itu diteruskan.

“Sekarang ini, semua kerja yang kita buat semuanya menggunakan komputer dan wajar juga golongan ini didedahkan dengan teknologi ini,” ujarnya.

Hadir sama ialah Penyelia Prasekolah KEMAS Sri Aman Wan Habeeb Wan Mohamad, Pengurus NaDi Melugu Stella Tarang, Tuai Rumah Penny dari Kampung Melugu, guru Tabika KEMAS Melugu Skim Kelas A Aznita Welfred, guru Tabika KEMAS Melugu Kelas B Helen Edward Brandah dan guru Tabika KEMAS Entulang Amelia Easther Jalin.

Seramai 14 kanak-kanak Tabika KEMAS Melugu Kelas A, 12 kanak-kanak Tabika KEMAS Kelas B dan lima kanak-kanak Tabika KEMAS Entulang telah menyertai kelas berkenaan yang bermula September tahun lalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list