CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 0

[Sarawak] Inisiatif KWSP perkenal Akaun Fleksibel dapat pelbagai reaksi

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode


ELVIS

LIMBANG: Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Akaun Fleksibel bagi membolehkan ahli-ahli mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50 mendapat pelbagai reaksi.

Kaunselor Elvis Bungsu berkata, inisiatif KWSP itu mempunyai manfaat dan kesannya kepada rakyat yang dibelenggu isu kenaikan harga barang, kos sara hidup serta keterjaminan makanan dan menjadi semakin terbeban dengan masalah tersebut.

"Langkah KWSP mewujudkan Akaun Fleksibel itu mampu berfungsi sebagai tabung kecemasan untuk rakyat sekiranya berlaku situasi luar jangka seperti sebelum ini," katanya kepada media di sini, hari ini.


ROSLAN

Bagaimanapun katanya, rakyat perlu bijak memanfaatkan wang tersebut untuk tujuan kecemasan dan keperluan mendesak.

Usahawan daging kerbau Roslan Matzin berkata, walaupun Akaun Fleksibel diwujudkan beliau tidak akan mengusik dan mengeluarkan wang dalam akaun itu sebelum mencapai tempoh matang sebagai persediaan menghadapi hari persaraan.

Katanya, ada kemungkinan segelintir masyarakat menggunakan wang daripada dana tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

"Saya lebih memilih tidak mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel demi menghadapi hari persaraan nanti," jelasnya.

Menurutnya, langkah KWSP itu dapat membantu rakyat susah dan pada masa sama diharap mengekalkan momentum simpanan kewangan pada hari persaraan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051726 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list