CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 0

PSG persiakan peluang keemasan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

TANDUKAN Ramos (kanan) berjaya menyelamatkan PSG daripada kalah di laman sendiri. FOTO AFP

Paris: Paris Saint Germain (PSG) mensia-siakan peluang untuk mendapatkan satu lagi kejuaraan Ligue 1 selepas bermain seri 3-3 di laman sendiri menentang Le Havre sebelum berdepan Borussia Dortmund dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

PSG akan disahkan secara rasmi sebagai juara untuk kali ke-12 yang melebarkan rekod Perancis, dan ke-10 dalam 12 musim, dengan kemenangan menentang pasukan yang bergelut di zon penyingkiran.

Bagaimanapun, akhirnya mereka memerlukan gol minit ke-95 oleh Goncalo Ramos bagi menyelamatkan diri melalui keputusan seri selepas ketinggalan 1-3 pada separuh masa kedua – walaupun tiada peluang pasukan lain untuk mencabar mereka di tangga teratas sekarang.

Bradley Barcola menyamakan kedudukan untuk PSG pada separuh masa pertama, membatalkan gol pembukaan Christopher Operi, tetapi bintang Ghana, Andre Ayew dengan cepat meletakkan kembali Le Havre di depan dan Abdoulaye Toure kemudian menyempurnakan sepakan penalti sejurus selepas sejam beraksi.


Ia kelihatan PSG hanya menuju ke kekalahan kedua dalam Ligue 1 sepanjang kempen, tetapi Achraf Hakimi menjaringkan gol sebelum pemain gantian, Ramos menanduk masuk untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga kepada 26 perlawanan sejak September.

Pasukan bimbingan Luis Enrique, yang berada di landasan untuk meraih treble, berada di puncak liga dengan kelebihan 12 mata daripada Monaco, yang hanya mempunyai empat perlawanan.

Oleh itu PSG masih boleh dinobatkan sebagai juara, jika Monaco gagal memenangi perlawanan mereka di Lyon awal pagi esok.

"Malam ini kami sudah memenangi liga tanpa sebarang keraguan. Kami akan menjadi juara, memandangkan kelebihan perbezaan gol," kata Luis Enrique yang mula memandang ke hadapan bagi aksi bertemu Dortmund.

"Saya rasa kami berada dalam prestasi terbaik sepanjang musim. Saya yakin kami akan memberikan perlawanan yang baik dan objektifnya adalah untuk berada di final.
"https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1084528/psg-persiakan-peluang-keemasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.063502 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list