CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Waspada tawaran saham murah

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Masyarakat terutamanya ahli perniagaan diingatkan sentiasa berwaspada dan membuat semakan sewajarnya sekiranya menerima tawaran terlalu menguntungkan seperti pembelian saham di bawah harga pasaran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebagai contoh, pada Januari 2023, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibuka bersabit laporan polis yang dibuat di Petaling Jaya oleh seorang pengarah syarikat berusia 55 tahun.

Menurutnya, melalui laporan polis terbabit, pengadu memaklumkan berkenalan dengan suspek yang mengaku sebagai pemilik sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan 'multi-level marketing'.

"Pengadu diyakinkan bahawa syarikat milik suspek bakal berkembang menjadi syarikat gergasi dan mempunyai cawangan di seluruh negara.


"Suspek meyakinkan pengadu bahawa dia mempunyai pegangan saham sebanyak 20,000,000 unit saham di dalam syarikat itu dengan nilai satu unit saham bersamaan RM1," katanya.

Ramli berkata, suspek menawarkan kepada pengadu untuk mengambil 5,000,000 unit saham miliknya dengan nilai hanya RM0.80 untuk setiap unit.

"Pengadu seterusnya membuat tiga pindahan wang ke dalam akaun yang diarahkan oleh suspek. Bagaimanapun, semakan lanjut dilakukan, pengadu mendapati suspek hanya memiliki 1,500,000 unit saham sdalam syarikat terbabit. Akibatnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM4,079,768.21.

"Siasatan kes ini sudah dilengkapkan dan pada 30 April lalu di mana Kamar Peguam Negara mengarahkan suspek dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, ini adalah antara contoh kes yang membabitkan tawaran "to good to be true" yang mana saham sebuah syarikat bernilai RM1 seunit dijual hanya RM0.80 seunit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tawaran-saham-murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list