CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

SENIMAN sedia beri kerjasama jaga imej artis tempatan

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Zed menjelaskan SENIMAN sentiasa terbuka dalam memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berkait selebriti tempatan. - Foto Arkib NSTP



KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyiasat aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' berkaitan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz menerusi media sosial.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata pihaknya sentiasa terbuka dalam memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berkait selebriti tempatan, terutama apabila dilihat semakin kerap dibangkitkan individu terbabit, sejak akhir-akhir ini.

"SENIMAN bersifat terbuka jika MCMC minta kerjasama. Apabila membabitkan isu keharmonian artis, persatuan perlu beri kerjasama kepada pihak penguat kuasa seperti MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

"Kami sedia bantu dan beri maklumat sokongan kepada MCMC. SENIMAN ada empat perkara asas dalam perlembagaan persatuan iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia.

"Untuk isu ini, saya ambil serius mengenai imej artis tempatan. Malah, apa yang dilakukan individu terbabit juga melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233," katanya kepada BH Online.

Zed berpendapat siasatan terhadap sejumlah aduan diterima adalah tindakan wajar diambil, malah menjadi saranan SENIMAN demi menjaga imej selebriti tempatan.

"Itu suatu perkara baik. Kalau dari sudut persatuan perlu faham, apabila disaran buat laporan MCMC dan polis, itu kepada artis yang nama mereka terpalit oleh individu yang membuka aib atau melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233.

"Kami sarankan artis terpalit buat laporan. Tetapi, kalau masyarakat buat aduan, kita alu-alukan, tidak kira kepada penyanyi atau wanita yang cuba melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang kita," katanya.

Zed menjelaskan sebagai persatuan mewakili penggiat seni, pihaknya mendesak untuk mengemukakan aduan terhadap artis terpalit kontroversi dengan mengikut saluran betul.

"Kalau individu itu kononnya hendak membuktikan kepada orang ramai bahawa dia betul dan ada bukti, dia boleh ikut saluran betul. Mungkin melalui peguam dan dibawa ke mahkamah. Tidak perlu ikut media sosial.

"Sebab itu, kita mula campur tangan sebab individu terbabit mula melalut. Apabila mula petik nama artis lain, kami ambil tanggungjawab untuk selesaikan isu ini supaya tidak berpanjangan.

"Kalau isu khalwat (membabitkan Aliff dan Ruhainies) kita mesti hormati siasatan pihak penguat kuasa dan proses mahkamah.

"Apabila keputusan siasatan mendapati mereka bersalah, baru kita bertindak selari dengan itu," katanya.

Sebelum ini, SENIMAN dilapor menggesa wanita mendakwa kekasih Aliff, Sarah Yasmine berhenti mengeluarkan kenyataan atau mengambil tindakan yang dianggap boleh mengeruhkan keadaan hingga menjejaskan imej dan kredibiliti industri kreatif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055790 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list