CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3259|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lapan remaja dicekup tunggang motosikal berbahaya

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Antara dua daripada lapan remaja yang ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat bising di lokasi tersebut.

SHAH ALAM – Tindakan lapan remaja menunggang motosikal dengan aksi berbahaya dan membuat bising di Persiaran Perbandaran di sini, memakan diri apabila dicekup polis awal pagi tadi.

Kesemua lelaki berusia 17 hingga 23 tahun itu ditahan anggota Unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam operasi sehingga pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penahanan itu dilakukan selepas mendapati sekumpulan remaja menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan membunyikan ekzos sehingga menimbulkan bunyi bising di lokasi berkenaan.

“Justeru, polis menyita lapan motosikal ditunggangi mereka bagi tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 41 saman kepada penunggang lain atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu, cermin sisi dan nombor plat.   – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... otosikal-berbahaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.176308 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list