CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 0

[Johor] 7,661 kes penipuan dalam talian cecah RM332 juta

[Copy link]
Post time 5-5-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

AZNAN menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran dalam Majlis Jejalah Anti Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Johor di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru, hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Penipuan dalam talian atau scam yang kini semakin berleluasa di Malaysia dengan merekodkan sebanyak 7,651 kes melibatkan nilai kerugian RM332 juta sejak Januari hingga Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ancaman ini bukan sahaja memberi impak besar kepada negara dari aspek kerugian mencecah jutaan ringgit, malah turut memberi kesan kepada mangsa yang mengalami tekanan perasaan dan kemurungan.

Katanya, Pusat Tindakbalas Insiden Siber – Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 1,555 insiden keselamatan siber dari laporan yang dibuat oleh pengguna Internet dalam tempoh yang sama.

“Insiden yang dilaporkan meliputi pelbagai ancaman siber, di mana penipuan dalam talian kekal sebagai insiden tertinggi yang dilaporkan iaitu sebanyak 1,025 atau 66 peratus dari jumlah keseluruhan laporan.

“Oleh itu, kita mengambil inisiatif mengadakan siri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan (JASK) bagi memperkasa dan meningkatkan kesedaran masyarakat menghadapi pelbagai ancaman penipuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Anti-scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Katanya, menerusi program ini turut berkongsikan mengenai trend ancaman siber masa kini terutamanya dalam menghadapi cabaran berkaitan isu-isu serta insiden penipuan dalam talian dan jenayah scam.

Program JASK bermula di negeri ini diikuti Kedah (Jun) dan Perak (Oktober) diilhamkan oleh Gabungan Bertindak Anti Scam yang dianggotai oleh agensi kerajaan, organisasi swasta, pemain industri, badan-badan bukan kerajaan, persatuan serta institusi pengajian tinggi dan disokong oleh Kementerian Digital. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-cecah-rm332-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051544 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list