CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4589|Reply: 0

Klopp puas hati reaksi Liverpool

[Copy link]
Post time 7-5-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode

ROBERTON (tengah) turut berjaya mencetak nama selaku salah seorang penjaring gol ke atas Spurs di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp langsung tidak menyangka mampu menang 4-2 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Walaupun berdepan situasi kecewa ketika kebangkitan yang cuba dijelmakan oleh Spurs, namun Klopp tetap gembira apabila anak-anak buahnya kembali dengan kualiti sebenar seperti pernah dipamerkan sebelum ini.

“Adakah saya jangka akan berada di depan 4-0? Tidak. Kalau difikirkan, situasi ini tidak mungkin kerana perlawanan ini begitu bermakna buat Spurs kerana ­Aston Villa juga tewas.

“Sebelum perlawanan kami ada bercakap yang bola sepak adalah sukan berprestasi tinggi dan kami perlu bermotivasi. Tottenham cukup bagus dan kamu boleh lihat cara mereka bermain dan apa yang berlaku.

“Saya begitu sukakan cara pemain beraksi, begitu juga dengan prestasi individu dan cara kami bermain secara berpasukan. Banyak perkara bagus dalam perlawanan ini,” katanya.

Kesemua jaringan Liverpool dihasilkan oleh Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliot, manakala dua ja­ringan Spurs diperoleh menerusi Richarlison serta Son Heung-min.

Keputusan itu cukup untuk menjamin kedudukan buat The Reds menamatkan saingan musim ini sekurang-kurangnya di tangga ketiga.

Mengulas mengenai prestasi Elliot, Klopp mengakui pemain itu memiliki masa depan yang cukup baik.

“Luar biasa dan dia juga masih lagi muda. Dia salah seorang pemain terbaik kami ketika bermain di sayap kanan semasa Mo (Salah) cedera atau pun bersama skuad kebangsaan Mesir,” jelas­nya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-reaksi-liverpool/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048340 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list