CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5718|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peningkatan jenayah siber, penyalahgunaan dadah NPS akibat letusan IT membimbangkan - Ayob Khan

[Copy link]
Post time 7-5-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan aktiviti penyalahgunaan dadah terutama bahan psikoaktif baharu (NPS) serta jenayah siber di seluruh dunia berpunca letusan kemajuan pesat teknologi maklumat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua trend itu membabitkan jenayah siber dan penyalahgunaan NPS menimbulkan cabaran baharu kepada masyarakat dan negara, sekali gus mencetus kebimbangan kerana kesannya yang serius terhadap perkembangan sosial dan ekonomi.

Selain itu, beliau turut risau dengan peningkatan penggunaan peranti digital, kaedah penyulitan dan perkhidmatan tanpa nama yang turut menimbulkan cabaran teknikal yang kompleks untuk agensi penguatkuasaan undang-undang.

"Sifat jenayah ini yang merentasi sempadan menyukarkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk meneruskan tindakan undang-undang kerana batasan bidang kuasa.


"Dalam keadaan sedemikian, kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang negara berbeza adalah penting dalam menangani cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Dadah sempena Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2024 di sini, hari ini.

Selaras perkembangan baharu itu, Ayob Khan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan melatih semula kakitangannya untuk membendung jenayah sedemikian sejajar keperluan semasa.

"Perubahan pesat dalam teknologi memerlukan kami untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan melatih semula kakitangan kami untuk mengalahkan musuh.

'PDRM terbabit secara aktif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, organisasi sektor swasta dan ahli akademik.

"Kerjasama ini memudahkan perkongsian maklumat, pembinaan kapasiti dan usaha yang diselaraskan dalam memerangi jenayah siber," katanya.

Beliau juga berkata PDRM turut menjalankan kempen kesedaran dan program pendidikan secara berterusan untuk mendidik orang ramai tentang risiko jenayah siber dan melaporkan jenayah itu.

"Bagi memperkukuh kepakaran dalam jenayah narkotik, PDRM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membangunkan program kerjasama strategik bagi meningkatkan keupayaan penyiasatan terhadap ancaman penyalahgunaan NPS.

"Ini bagi memenuhi keperluan jangka panjang RMP bagi pembangunan sumber manusia dan melahirkan pakar dalam bidang berkaitan penyalahgunaan dadah.

"Justeru, melalui penyelidikan dijalankan akan meningkatkan kepakaran sedia ada di UKM ke arah membantu polis memerangi ancaman penyalahgunaan bahan secara berkesan dan cekap," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... s-akibat-letusan-it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.739717 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list