CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4262|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pantau jualan asid elak disalah guna

[Copy link]
Post time 8-5-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Kuala Lumpur: Penjualan bahan kimia berbahaya seperti asid sulfurik memerlukan pemantauan lebih ketat daripada pihak berkenaan bagi mengelakkan daripada disalah guna.

Penganalisis Jenayah dan Pakar Kriminologi, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, pihak berwajib wajar mengkaji semula penjadualan bahan kimia itu dan memperketatkan kawalan supaya tidak sewenang-wenangnya berada di pasaran.

"Perlu semak balik, mana (peraturan) yang boleh diperketatkan wajar diketatkan kerana bahan (kimia) ini tidak boleh sewenang wenangnya dijual di pasaran.

"Penjualan yang tidak dikawal dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat, bahaya kepada orang awam jadi pihak berwajib perlu lihat semula perkara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurutnya, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal pembelian bahan itu untuk sekurang-kurangnya mendapatkan maklumat peribadi pembeli.

Katanya, ia penting terutama bagi tujuan pengesanan lebih-lebih lagi apabila berlaku perkara tidak diingini seperti insiden serangan menggunakan bahan kimia itu terhadap bintang bola sepak kebangsaan baru-baru ini.

"Asid sulfurik ini jika disalahgunakan memang bahaya, jadi pihak berwajib perlu tetapkan setiap penjual perlu mencatat maklumat pembeli.

"Baru kita boleh tahu siapa yang membeli, tidaklah sewenang-wenangnya orang boleh beli bahan kimia ini sampai dalam talian pun ada dijual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... d-elak-disalah-guna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.138370 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list