CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7868|Reply: 0

[Tempatan] Banjir kilat di Kajang

[Copy link]
Post time 9-5-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat di Kajang

https://www.bharian.com.my/berit ... jir-kilat-di-kajang

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin - Mei 8, 2024 @ 9:46pm
bhnews@bh.com.my


Hujan lebat di pekan Kajang yang mengakibatkan banjir. Foto ihsan pembaca.

KAJANG: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa tempat di pekan Kajang, di sini, dilanda banjir kilat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan antara lokasi yang dilanda banjir kilat ialah Jalan Raja Haroun dan Jalan Sri Jelok menghala ke Penjara Kajang.

Sementara itu, bomba membantu menyelamatkan seorang wanita warga emas selepas rumahnya di Jalan Melur 1, Sungai Kantan, di sini, dinaiki air, hari ini.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.04 petang tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas dinaiki air.

"Anggota bomba bertugas kemudian membawa keluar wanita warga emas berusia 86 tahun berkenaan dari rumahnya yang dilanda banjir," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068391 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list