CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 0

United kaut untung aksi Sancho di Dortmund

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Borussia Dortmund, Jadon Sancho (tengah) meraikan kejayaan kelab itu mara ke final Liga Juara-Juara bersama rakan sepasukannya di Paris awal pagi semalam. – Foto AFP

LONDON: Sejak meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu susulan perbalahannya dengan Erik ten Hag, Jadon Sancho memainkan peranan penting membantu Borussia Dortmund layak ke final Liga Juara-Juara kali pertama sejak 2013.

Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu memperagakan aksi memukau ketika psukannya menyingkirkan Kylian Mbappe dan rakan-rakannya daripada Liga Juara-Juara, selepas pelawat menang 1-0 menerusi tandukan pemain pertahanan berpengalaman Mats Hummels.

Kemenangan 2-0 secara agregat ke atas Paris Saint-Germain bermakna pasukan kendalian Edin Terzic kembali ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun apabila mereka bertemu Real Madrid di Wembley.

Sekalipun ramai penyokong Manchester United pasti berasa kesal melihat pemain pinjaman United berjaya memukau di luar Old Trafford, ia bukannya satu kehilangan mutlak dari segi kewangan.


United sudah mendapat manfaat hasil kepulangan semula Sancho ke Jerman selepas pemain kelahiran London itu disisihkan oleh Ten Hag susulan perbalahan antara kedua-duanya.


Jadon Sancho (kanan) muncul antara tonggak utama yang mengemudi kejayaan Borussia Dortmund mara ke final Liga Juara-Juara musim ini. – Foto AFP

Dortmund membayar United £3 juta (RM17.7 juta) bagi kepulangan Sancho ke Signal Iduna Park termasuk perjanjian untuk membayar sebahagian daripada gajinya bagi perpindahan pertengahan musim.

Red Devils dijangka menerima lebih banyak pampasan selepas didedahkan kedua-dua kelab itu mencapai persetujuan, yang mana kelab Jerman itu akan membayar tambahan £3.4 juta (RM20.15 juta) berdasarkan kemaraan dan penampilan Sancho dalam Liga Juara-Juara.

Difahamkan hampir keseluruhan fasal tambahan dalam kontrak pinjaman itu sudah dipenuhi susulan kejayaan Sancho dan Dortmund mara ke final.

Pemain Manchester United itu menikmati perubahan menakjubkan dalam prestasinya sejak meninggalkan Old Trafford awal tahun ini.

Hanya beberapa bulan lalu, pemain berusia 24 tahun itu mengalami nasib malang apabila diarahkan berlatih dengan pasukan B-19 United selepas bertengkar dengan Ten Hag dan tidak melakukan sebarang penampilan bersama kelab itu sejak 26 Ogos lalu.

Dia enggan memohon maaf kepada pengurus dari Belanda susulan perbalahan itu. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sancho-di-dortmund
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.476088 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list