CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4955|Reply: 0

Man United hilang daya tarikan - Yorke

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Bekas pemain-pemain Manchester United, Andy Cole (kiri) dan Dwight Yorke. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Dwight Yorke berkata, dia tidak akan bermain dengan pasukan seperti Manchester United yang dikendali Erik ten Hag.

Kekalahan 4-0 kepada Crystal Palace pada Isnin meletakkan mereka hanya pada 54 mata selepas 35 perlawanan, yang bakal menjadi kempen Liga Perdana Inggeris terburuk kelab itu.

Bagi Yorke, yang menyertai United di awal musim treble 1998-99 dari Aston Villa, keunikan kelab itu semakin pudar dan sukar untuk menarik nama-nama besar.

"Saya rasa orang mula berfikir dua kali sama ada mahu menyertai United atau tidak.


"Kelab ini tidak pernah membuatkan anda ragu-ragu untuk menyertainya. United mahukan anda? Anda tidak perlu fikir dua kali.

"Sekarang pemain-pemain jadi tidak pasti. Ia bukan petanda yang baik. Saya sendiri tidak mahu bermain," kata Yorke.

Bekas rakan sepasukan Yorke, Andy Cole turut senada berkenaan situasi United sekarang.

Yorke dan Cole ditemu bual untuk dokumentari baharu berkenaan wira-wira treble United pada tahun 1999 yang akan ditayangkan minggu depan.

Sebagai pemain, gandingan Yorke dan Cole menjelmakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala Fa dan Kejuaraan Eropah buat United.

Menurut Cole, dia kecewa dengan kemerosotan prestasi United sejak beberapa tahun lalu.

"Memang sukar kerana saya tidak pernah melihat Manchester United berada dalam posisi ini.

"Di zaman saya, kami meninggalkan legasi yang membuatkan pemain-pemain baharu mahu datang ke Old Trafford dan cuba melakukan perkara sama.

"Apabila melihat pasukan sekarang dan pasukan-pasukan sebelum ini, saya garu kepala, kerana anda perlu faham apa itu Manchester United.

"Ia berkenaan kemenangan, persaingan, terbabit dan bersaing untuk kejuaraan utama, terutama dalam perlawanan domestik.

"Kami terlalu jauh sekarang. Kita sering katakan 'Oh beberapa tahun lagi', tetapi ini sudah terlalu lama. Bila Man United akan mula bersaing untuk kejuaraan liga? Itulah situasinya sekarang," kata Cole. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -daya-tarikan-yorke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.443449 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list