CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPN meluangkan masa santuni anak-anak autisme

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN sempat beramah mesra dengan beberapa kanak-kanak autisme. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sempat meluangkan masa bagi menyantuni anak-anak istimewa di Pusat Autisme Pengaman-PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Pegawai polis nombor satu negara itu hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Autisme 2024 bersama lebih 30 pelajar dan alumni yang menerima pendidikan intervensi di pusat berkenaan.

"Saya difahamkan, dari awal pengoperasian pada Ogos 2020 sehingga kini, seramai 18 anak-anak autisme berjaya menamatkan pembelajarannya di pusat ini.

"Manakala, 25 kanak-kanak autisme lagi masih menerima pendidikan intervensi awal yang berkesan dan jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 43 orang," katanya ketika berucap pada majlis itu.


Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kasim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman-PDRM, Tan Sri Hussin Ismail.

Razarudin berkata, beliau kagum dan berbangga dengan ketabahan ibu bapa dan penjaga yang bertungkus lumus membesarkan anak-anak syurga berkenaan.

Katanya, pucuk kepimpinan PDRM sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan anggota dan pegawai mereka terutama bagi keluarga yang memilik anak-anak istimewa.

"Justeru, saya begitu berbangga dengan ibu bapa dan penjaga yang dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian membesarkan anak-anak syurga ini.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-anak-anak-autisme
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list