CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6653|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita maut, Perodua Alza terbabas dalam sungai

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Wanita maut, Perodua Alza terbabas dalam sungai


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga, Kepala Batas, pagi tadi. FOTO ihsan bomba





Kepala Batas: Seorang wanita maut dipercayai akibat lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dengan bantuan Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 7.39 pagi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Katanya, ketika tiba pihaknya menemui Perodua Alza di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa wanita berusia 40 tahun berada dalam kenderaan terbabit.

"Anggota kemudian menjalankan tugas-tugas mengeluarkan mangsa dengan bantuan unit PPDA.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat jam 10.06 pagi.



Disiarkan pada: Mei 11, 2024 @ 11:28am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.606097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list