CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 0

[Tempatan] Pelancongan Melaka berada pada kedudukan terbaik - MOTAC

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan cenderahati kepada pemilik kapal layar Fu Ning, Lin Chang Jiu sambil diperhatikan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman (kanan), semalam. - Foto NSTP/Amir Mamat





MELAKA: Sektor pelancongan di Melaka mendahului tiga negeri lain yang turut menganjurkan tahun melawat negeri sepanjang tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman, berkata kementerian itu mengakui banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sejak tahun lalu memberi impak positif dalam menentukan kejayaan penganjurannya tahun ini.

Justeru, beliau berkata, tiga negeri lain iaitu Perak, Perlis dan Kelantan turut diberikan perhatian dalam usaha kerajaan negeri masing-masing menganjurkan tahun melawat negeri.

"Kalau nak menandingi (dalam sektor pelancongan) Melaka jauh ke hadapan, ditambah dengan peranan MOTAC negeri yang sangat agresif membantu kerajaan negeri menjayakan TMM2024.

"Bagaimanapun, MOTAC terus memberi bantuan (tiga negeri lain) dalam sektor pelancongan bagi memastikan hasrat mereka untuk menarik pelancongan ke negeri itu tercapai," katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Kapal Layar Tradisional China Terbesar di Dunia, Fu Ning ke Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; EXCO Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin serta EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman.

Sementara itu, Roslan berkata, pelbagai program serta aktiviti akan dilaksanakan di Melaka yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, tahun ini.

Beliau berkata, selain memperingati ulang tahun peristiwa yang sangat bermakna itu, sambutan dijangka diadakan pertengahan tahun ini juga akan merancakkan lagi TMM2024 yang sedang berlangsung ketika ini, sekali gus menjadi pencetus semangat kepada penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) kelak.

"Insya-Allah kita akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China di Melaka dan saya yakin menerusi acara itu akan meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia dan Melaka, khususnya dari China.

"Pada masa sama, kemunculan kapal layar Fu Ning di Melaka juga akan menjadi satu daripada produk yang akan ditonjolkan pada sambutan itu nanti, sekali gus menjadi simbolik kepada hubungan diplomatik kedua-dua negara terbabit," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.541660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list