CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3771|Reply: 0

Kawalan keselamatan perlawanan Liga Super malam ini dipertingkat

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Terengganu: Seramai 100 pegawai dan anggota akan ditempatkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus bagi memastikan perlawanan Liga Super antara pasukan Terengganu FC dan Perak FC malam ini lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan membabitkan tiga pemain bola sepak negara termasuk pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid.

Katanya, tumpuan bukan sahaja diberikan kepada pasukan tuan rumah, tetapi kawalan yang sama turut diberikan kepada pasukan lawan dan penyokong.

"Untuk perlawanan malam ini, kita telah mengatur keanggotaan dengan rapi dan kawalan juga turut dipertingkatkan kepada pemain kedua-dua pasukan serta penyokong.


"Ia bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sekali gus mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan nanti.

"Seramai 100 pegawai dan anggota akan ditugaskan untuk kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium, termasuk kawalan lalu lintas bagi mengelak kesesakan," katanya ketika dihubungi.

Azli berkata, pemeriksaan juga akan dilakukan sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium membabitkan pemeriksaan badan serta beg penonton untuk memastikan tiada barangan terlarang dibawa masuk seperti mercun, bunga api, suar dan senjata.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat penonton yang melanggar arahan ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Tindakan juga akan diambil kepada penonton yang gagal menjaga tatasusila dan melakukan provokasi melampau hingga mencetuskan kekacauan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Akhyar diserang dan disamun individu tidak dikenali pada 2 Mei lalu diikuti seorang lagi pemain, Faisal Halim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

Pada Selasa lalu, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim pula menjadi mangsa jenayah selepas cermin belakang keretanya diketuk tukul besi sehingga pecah di Johor Bahru
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-ini-dipertingka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19656 Replies : 77
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26275 Replies : 196
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4662 Replies : 69
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161916 Replies : 3925
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.613710 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list