CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7620|Reply: 0

[Pulau Pinang] P Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim

[Copy link]
Post time 11-5-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
P Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim


Oleh BERNAMA - Mei 11, 2024 @ 4:07pm



Pemain Malaysia, Faisal Halim ketika bertemu pasukan Jordan dalam perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha pada Januari lalu. - Foto fail NSTP/Hairul Anuar Rahim




BUKIT MERTAJAM: Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi kepada bapa Faisal, Abdul Halim Saad, 60, dalam satu sesi pertemuan di kampung kelahiran pemain itu di Mengkuang Titi, di sini.

Daniel berkata sumbangan berjumlah RM3,000 itu adalah daripada peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia, Sukan dan Kesihatan yang diberikan sebagai tanda sokongan kepada Faisal yang ditimpa musibah.

"Insiden tersebut sememangnya merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak tanah air dan kita berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab tidak terlepas.

"Abang Halim (bapa Faisal) menyatakan kepada saya bahawa anaknya dalam keadaan yang baik dan bersemangat walaupun sedang berdepan dengan dugaan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Hadir sama pada pertemuan itu adalah Pengarah Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merangkap Ahli Lembaga Penang FC, Mohd Faidrol Mohd Radzi.

Daniel turut berharap Faisal dapat pulih dalam masa terdekat dan mampu beraksi semula.

Pada 5 Mei lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan dia sudah menjalani tiga pembedahan setakat semalam. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.613236 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list