CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

Mainz malukan skuad kedua Dortmund

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Borussia Dortmund dan Mainz dalam saingan Bundesliga. FOTO Reuters

Mainz: Mainz menewaskan skuad kedua Borussia Dortmund 3-0 pada untuk mengeluarkan diri mereka daripada kelompok tiga terbawah Bundesliga, tatkala Cologne bangkit menewaskan Union Berlin pada hari yang sangat penting bagi pertarungan penyingkiran.

Berada di posisi playoff penyingkiran sebelum sepak mula, Mainz mengejutkan pelawat dengan mendahului tiga gol dalam masa 23 minit sahaja.

Leandro Barreiro membuka tirai jaringan pada minit ke-12, sebelum Lee Jae Sung menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit.

Mainz, yang kini lapan perlawanan tanpa kalah sejak tewas 1-8 kepada Bayern Munich Mac lalu, secara realistik hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir mereka musim ini di Wolfsburg bagi memastikan terus kekal sekali lagi di liga utama Jerman itu.


Dengan sudah melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah Dortmund musim, dan menjelang final kejohanan itu menentang Real Madrid, jurulatih Dortmund, Edin Terzic membuat banyak perubahan.

Pertahanan, Nico Schlotterbeck adalah satu-satunya pemain kesebelasan utama dari pasukan yang menang di Paris pertengahan minggu lalu dan walaupun Jadon Sancho, Ian Maatsen serta Julian Brandt masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua, mereka tidak dapat mengubah keadaan.

Terzic mempertahankan keputusan untuk membuat perubahan besar kepada kesebelasan Dortmund, menegaskan pilihan barisannya tidak berbeza dengan pasukan yang menewaskan Augsburg 5-1 hujung minggu lalu, dengan tiga pertukaran daripada pasukan itu.

"Kami membariskan pasukan sama seperti yang kami lakukan minggu lalu," kata Terzic kepada Sky Sport Germany.

"Kami mempunyai formasi yang sama, Mainz menghukum kesilapan yang kami lakukan pada separuh masa pertama. Itulah sebabnya ia adalah kekalahan yang wajar."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kuad-kedua-dortmund
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 1.577737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list