CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6509|Reply: 19

[VIDEO] Saya tak halalkan royalti album Rockology – Amy Search

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Amy mendakwa tidak menerima royalti album Rockolgy yang diterbitkan tanpa pengetahuan dirinya dan seorang lagi anggota Search, Nasir dan juga Allahyarham Yazit.





    PETALING JAYA – “Saya tak halalkan sebab kami juga berhak terima royalti album Rockology.”

Demikian penegasan dan rasa kecewa Datuk Amy berhubung tindakan Noordin dan Kid yang sehingga kini ‘membisu’ mengenai royalti album Rockology Search: Kid’Din Collection terhadap anggota Search termasuk dirinya, Nasir dan Allahyarham Yazit.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, mendakwa, album kompilasi terbabit dikeluarkan tanpa persetujuan anggota asal Search selain tidak mempunyai dokumen atau perjanjian mengenai pembahagian royalti.

“Kami juga berhak dapat royalti album Rockology Search: Kid’Din Collection Series yang mereka keluarkan tanpa pengetahuan saya dan Nasir.

    “Banyak benda yang mereka langgar sedangkan mereka tahu tindakan itu salah. Paling tidak seronok apabila mereka cakap agihan royalti yang mereka ingin berikan kepada kami mengikut belas kasihan mereka.

“Untuk pengetahuan semua, album itu terkandung lagu-lagu yang kami mainkan bersama. Mereka sudah melanggar Akta Hak Cipta dan bagaimana nak bayar royalti kami sedangkan tiada perjanjian membabitkan saya, Nasir dan arwah Yazit,” katanya.

Jelas Amy lagi, apa yang dilakukan Din dan Din seolah-olah merompak hasil titik peluh anggota Search yang lain.

    “Masa Covid-19 dulu, mereka ada beritahu hidup susah. Nasir cuba dapatkan kontrak digital dan bayaran penjualan barangan cenderahati sehingga setiap seorang berjaya mendapat kira-kira RM50,000.

“Kami akan berbincang dengan pihak peguam mengenai perkara ini kerana saya rasa apa yang mereka lakukan merupakan satu contoh yang tidak baik.

    “Kalau dulu kita berkempen pasal cetak rompak, tapi hari ini kawan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama.

“Hari ini saya belum mati lagi, tapi kalau esok lusa sudah tiada, takkan anak dan isteri saya nak pergi jumpa dia. Jika anak arwah Yazit pun tak dapat (bahagiannya), apatah lagi saya,” katanya.

Kumpulan Search kini berpecah dua iaitu yang dianggotai pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid serta satu lagi kumpulan dianggotai Amy, Nasir Daud (bass), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar) yang turut menggunakan nama sama iaitu Search.

Diskografi Rockology Search : Kid’Din Collection Series yang mengandungi 17 barangan istimewa antaranya cakera padat kompilasi lagu berat mula dijual pada 17 November 2021 dengan harga RM299. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2024 01:45 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:26 PM | Show all posts
Sebab ni ke gaduh sampai berpecah belah? Tapi Tok Sir pernah cakap, ikutkan apa yang kiddin buat, tak salah. Tok Sir sapot lagi gi konsert kiddin kat roof top.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:36 PM | Show all posts
Ingatkan dah bermaafan. Lagi2 nak naik haji

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa prob sbnrnya.

Si amy kertu kecut ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Royalti yg ntahkan ckit pun nak merebut .masing2 dah kertu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 09:30 PM | Show all posts
bukan dulu amy gaduh dgn arwah yazit ke? ker iols yg konfius?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:22 PM | Show all posts
sashasam replied at 12-5-2024 09:30 PM
bukan dulu amy gaduh dgn arwah yazit ke? ker iols yg konfius?

Ada keluar melodik arwah yazid kol tokmi nak setel apa segala prob, tapi si bini bagak heols yang angkat fon maki2 yazid. Tokmi sampai sudahkan mendiamkan diri. Sampai yazid meninggalkan pun, hari kebumi laki bini ni tak ada datang. Katanya ada show hari tu kat indo sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 11:29 PM | Show all posts
Tapi kat fb ramai sokong kiddin. Siap suggest Amy & the gang tubuhkan REsearch. Fikir2 kan lah, ni naik haji dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:02 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 12-5-2024 11:29 PM
Tapi kat fb ramai sokong kiddin. Siap suggest Amy & the gang tubuhkan REsearch. Fikir2 kan lah, ni n ...

Heols kena tanya bini dulu. Bini boss, atur segala benda
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:30 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 12-5-2024 11:29 PM
Tapi kat fb ramai sokong kiddin. Siap suggest Amy & the gang tubuhkan REsearch. Fikir2 kan lah, ni n ...

secara teknikalnya, Amy yang keluar SEARCH. siap umum kan lagi.. tahun 2020 ke 2021.
sebab tu fans SEARCH memang akan sokong kiddin, isu royalti ni pun dah boleh tunjuk yang KidDin ni pegang nama SEARCH.
Amy dgn Nasir agak childish walaupun dah tua, asyik nak memerli je. KidDin selalu buat hal sendiri je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:48 AM | Show all posts
sukebintang replied at 13-5-2024 09:30 AM
secara teknikalnya, Amy yang keluar SEARCH. siap umum kan lagi.. tahun 2020 ke 2021.
sebab tu fan ...

yg nak buat konsert time tu kan....
dia umum keluar, konsert x jadi, search kena saman
kiddin kena hadap saman pasal amy dgn nasir dah bangkrap.
betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Amy ni, ingat search itu adalah dia. Apa2 dia buat, takpe, orang lain buat, tak boleh. Very selfish. Tak layak dapat Datuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sashasam replied at 12-5-2024 09:30 PM
bukan dulu amy gaduh dgn arwah yazit ke? ker iols yg konfius?

Baru nak cakap. Sekarang tiberrr nak perjuang kan hak arwah pulak. Pasal duit jugak dlu kan kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:27 AM | Show all posts
dah tua uban masih nak gaduh isu ni
apa jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 10:41 AM | Show all posts
Edited by She-Ra at 13-5-2024 10:43 AM
Cleocatra replied at 12-5-2024 01:26 PM
Sebab ni ke gaduh sampai berpecah belah? Tapi Tok Sir pernah cakap, ikutkan apa yang kiddin buat, ta ...

begitulah nampaknya.. iols pun dh tak berapa kenan dgn tokmi ni sejak dia umumkan utk keluar dr band Search. katanya nak fokus beramal. sebelum PKP, Search ada nak buat konsert dan dorg ajak tokmi tp tokmi tolak, tokwi dtg tlg utk jd penyanyi dlm konsert tu. tokwi kata tlg kawan2 cari makan. tp sayang konsert kansel sb PKP dan selepas PKP PKPP segala, Search dpt penyanyi dr Indo-dendeng. iols pegi konsert rooftop Search, memang meriah! ramai rakan retis yg dtg sapot dorg

  ehh tiba2 tokmi form band baru nak guna nama Search jgk. ko ghase? kata nak fokus utk hari tua, tiba berebut nama Search pulak. ngok!


masing2 pun mungkin ada salah tp dh tetua ni, bawak2 la bincang leklok. taaguna nak gado mcm bebudak

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
masa Amy  ni buat merchandise jual kole tin ke coffee mugs tu pun boh nama Search kan? tu pun kira royalti profit kan. dia ada tak ask for 'izin' dari geng lain Search?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm pelik je tetibe amy sebut name arwah yazid. bkn ke sampai org tu meninggal pn si amy tak kelihatan. tiber dh takde ni nak petik2 name arwah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm pelik je tetibe amy sebut name arwah yazid. bkn ke sampai org tu meninggal pn si amy tak kelihatan. tiber dh takde ni nak petik2 name arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.196112 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list