CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 1

Leverkusen sedia muncul pasukan pertama tanpa kalah Bundesliga

  [Copy link]
Post time 13-5-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Bayer Leverkusen meraikan kemenangan ke-50 berturut-turut dalam semua pertandingan selepas membelasah VfL Bochum pada aksi Bundesliga di Bochum awal pagi tadi. – Foto AFP

BOCHUM, Jerman: Juara Jerman, Bayer Leverkusen sedia muncul pasukan pertama dalam sejarah Bundesliga tidak kalah sepanjang musim, kata jurulatih Xabi Alonso selepas membenam VfL Bochum 5-0 awal pagi tadi.

Leverkusen yang memburu tiga kejuaraan mudah membenam Bochum, yang menyaksikan Felix Passlack dibuang padang pada minit ke-15, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan musim ini kepada 50 perlawanan berturut-turut, dengan hanya berbaki satu perlawanan dalam Bundesliga.

Minggu lalu, pasukan kendalian Alonso mengatasi rekod tanpa kalah Benfica yang dicatat dari 1963 hingga 1965 selepas seri 2-2 dengan AS Roma yang membantu mereka mara ke final Liga Europa.

Kemenangan awal pagi tadi ke atas Bochum bermakna mereka muncul pasukan ketiga dalam sejarah Bundesliga untuk kekal tanpa kalah dalam setiap perlawanan di gelanggang lawan sepanjang musim.


"Selepas kad merah itu ia jelas satu perlawanan berbeza buat kami," kata Alonso pada sidang akhbar.


Penyerang Bayer Leverkusen, Amine Adli (dua dari kiri) menjaringkan gol ketiga berdepan VfL Bochum pada aksi Bundesliga di Bochum awal pagi tadi. – Foto AFP

"Saya amat berpuas hati dengan keputusan ini. Ia penting buat kami. Kini kami mempunyai sasaran mengagumkan Sabtu ini untuk menang kejuaraan tanpa sebarang kekalahan. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini."

Leverkusen, yang berdepan Atalanta pada final Liga Europa dan menentang Kaiserslautern pada final Piala Jerman hujung bulan ini, melayan kunjungan Augsburg di laman sendiri pada perlawanan terakhir Bundesliga yang mana mereka turut menerima trofi liga buat julung kali.

"Untuk menerima trofi kejuaraan di Leverkusen pasti amat istimewa," kata Alonso.

"Pemain fokus sepanjang musim jadi bagi mereka ia amat istimewa. Saya bangga dengan mereka." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... pa-kalah-bundesliga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 02:03 PM | Show all posts
tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.513304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list