CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2813|Reply: 1

[Tempatan] Bekalan kurang, harga ikan naik hingga ada cecah lebih 50 peratus

[Copy link]
Post time 14-5-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan kurang, harga ikan naik hingga ada cecah lebih 50 peratus

https://www.bharian.com.my/berit ... ah-lebih-50-peratus

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 14, 2024 @ 1:38pm
bhnews@bh.com.my


Peniaga di pelantar ikan Kampung Seberang Kota mengalami kekurangan bekalan jualan berikutan tangkapan hasil laut yang menurun sejak minggu lalu. - NSTP/WAN NABIL NASIR

KUALA KEDAH: Tangkapan hasil laut yang menurun sejak minggu lalu akibat faktor cuaca tidak menentu menyebabkan ramai peniaga ikan di sini berdepan kekurangan bekalan, malah harga jualan kebanyakan bahan segar itu turut naik sehingga ada yang mencecah lebih 50 peratus.

Tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, di sini, mendapati hasil laut yang dijual peniaga ikan adalah terhad walaupun mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Peniaga ikan, Khadijah Md Shah, 48, berkata malah kebanyakan peniaga di pelantar itu tidak dapat beroperasi ketika ini susulan kekurangan hasil tangkapan ikan.

"Ramai tidak dapat berniaga sejak beberapa hari lalu, dan hanya sebilangan kecil yang berniaga. Antara faktor menyebabkan kurangnya hasil tangkapan ikan dan hasil laut lain ialah cuaca yang tidak menentu, selain angin kuat di tengah laut.

"Ketika ini, nelayan hanya mampu memperoleh hasil tangkapan sekitar 100 kilogram (kg) hingga 200kg sehari berbanding hasil tangkapan mencecah satu tan ketika musim ikan banyak.

"Diharapkan keadaan akan kembali normal dengan hasil tangkapan pulih semula dan terus meningkat," katanya ketika ditemui di pelantar berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, keadaan bekalan yang terhad sekali gus menyebabkan harga jualan rata-rata hasil laut mengalami kenaikan, termasuk kembung yang meningkat daripada RM4, RM6 dan RM8 sekilogram mengikut saiz ikan itu kepada RM8, RM10 dan RM12 sekilogram.

"Ikan gelama pula kini dijual antara RM4 hingga RM8 sekilogram berbanding RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini. Bagaimanapun, ikan kebasi masih kekal RM3 sekilogram buat masa ini.

"Namun, harga terbabit bergantung pada saiz ikan yang dijual, dan ia juga tidak menentu setiap hari bergantung pada hasil tangkapan yang diperoleh," katanya.

Nelayan, Ishak Ahmad, 68, pula memaklumkan mereka hanya turun ke laut pada waktu awal pagi dan pulang bergantung pada keadaan cuaca serta hasil tangkapan.

Selain ikan, beliau berkata, tangkapan hasil laut lain seperti udang dan sotong juga sukar diperoleh ketika ini menyebabkan harganya meningkat.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari menjelaskan walaupun berlaku sedikit kekurangan bekalan ikan ketika ini, kenaikan harga tidak terlalu tinggi, malah ada yang masih kekal bergantung pada hasil tangkapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 01:52 PM | Show all posts
Bawak RM 50.00 nak beli barang basah skrg rasa sungguh x konfiden...
Bukan setakat harga tapi kuantiti yg dpt mcm cukup ke tak cukup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052431 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list