CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3121|Reply: 0

[Kedah] Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja

[Copy link]
Post time 18-5-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja

18 Mei 2024 03:33pm




Tuntutan kerja petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.- Gambar hiasan 123RF




ALOR SETAR - Tuntutan kerja petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.

Tempoh kerja yang panjang, bertugas tanpa mengira waktu siang dan malam termasuk hari kelepasan am serta suasana kerja yang ada ketikanya tidak kondusif di bawah terik mentari dan basah hujan, menuntut setiap petugas media mempunyai jiwa yang kental dan cukup bijaksana dalam mengawal emosi.



Koordinator Program Kewartawanan dan Penerbitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khairun Nizam Mohammad Yusuff berkata, walaupun golongan itu nampak ‘gagah’, mereka sebenarnya perlu diberi pendedahan berkaitan literasi emosi melalui penganjuran kursus, bengkel atau taklimat secara berkala bagi memastikan apa sahaja konflik dapat ditangani dengan baik.

"Beberapa kajian mendapati kondisi kesihatan mental petugas media yang lemah memberi kesan kepada bukan sahaja hasil kerja malah keadaan kesihatan fizikal mereka. Mereka sukar mengekalkan objektiviti dalam pelaporan dan pemberitaan yang dihasilkan sekadar melengkapkan tugasan, tiada kesungguhan dan penulisan menjadi hambar.



"Di Amerika Syarikat, 90 peratus petugas media yang membuat liputan peristiwa trauma seperti bencana alam misalnya, akan mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Malah insiden melibatkan keganasan turut menyumbang kepada gejala PTSD dalam kalangan petugas media," katanya kepada Bernama.

Menurut Khairun Nizam, kajian di Serbia menunjukkan sebahagian besar wartawan mengalami keletihan emosi di tempat kerja dan kebanyakan mereka percaya bahawa tekanan secara signifikan menyumbang kepada penyakit fizikal yang lain.

Sehubungan itu, beliau berkata, selain cabaran evolusi media dalam era globalisasi, kesihatan mental petugas media juga merupakan antara elemen penting yang harus dibahaskan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini.

Wartawan penyiaran TV3 R Kumaran, 39, senada bahawa isu kesihatan mental sangat perlu dititikberatkan kerana sebarang polemik yang dihadapi petugas media akan turut memberi kesan dalam institusi kekeluargaan.




"Kerjaya ini agak mencabar kerana kekangan masa, waktu bekerja tak menentu menjadikan petugas media perlu mempunyai pasangan dan keluarga yang memahami kerana jika keadaan mental tidak sihat, ia turut menyebabkan hubungan kekeluargaan tidak stabil.

"Bekerja tanpa mengira waktu juga menyebabkan ramai petugas media tidak dapat menjaga diet mereka dengan baik, misalnya makan asal cukup untuk mengisi perut, makan di luar waktu menjadikan kesihatan fizikal merosot dan akhirnya meninggalkan tekanan pada emosi," katanya.

Bagi wartawan Sinar Harian Roshila Murni Rosli, 32, yang terlibat membuat liputan bencana alam, beliau pernah disahkan mengalami gejala gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).

"Saya pernah membuat liputan bencana kepala air di Taman Rekreasi Titi Hayun di Yan beberapa tahun lepas yang melibatkan kematian. Sejak itu saya tidak pernah membenarkan keluarga mengunjungi mana-mana kawasan air terjun kerana perasaan risau dan trauma itu sentiasa ada dalam diri.

"Saya juga dihantui perasaan gelisah, risau berlebihan dan terlalu berfikir sehingga disahkan mengalami gangguan kebimbangan pada 2021 dan berharap pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada emosi petugas media,” katanya.

Hawana 2024 yang mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan', merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.

Kemuncak sambutan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei

Pelbagai program dirangka antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024, serta program Jelajah Hawana 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah yang akan dilancarkan pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 dan sambutan itu bertujuan meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermaklumat selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri. - Bernama






Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja - Sinar Harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055178 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list