CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4209|Reply: 0

[Selangor] Berat Along susut 30kg, perut ada benjolan – Farah Cie

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Farah Cie (tiga dari kiri) melawat Muhammad Nur Hadith atau Along malam tadi.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah Along semakin sihat cuma di bahagian perut Along ada benjolan dan mengeras,” demikian perkongsian Ustazah Farah Cie berhubung keadaan terkini pengawal peribadinya, Muhammad Nur Hadith yang terkena tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini.

Wanita itu memaklumkan, dia menziarahi Muhammad Nur Hadith yang dipanggil Along malam tadi selepas tidak berkesempatan melawatnya di Unit Rawatan Rapi Hospital Cyberjaya susulan tidak dibenarkan pihak hospital.

“Malam ini (tadi) saya dapat ziarah Along serta bersembang dengan Along. Doktor beri janji temu seterusnya pada November ini. Bagi saya terlalu lama untuk Along dapatkan rawatan seterusnya.

“Perut Along mula membuncit seperti ada benda mengeras dalam bahagian perut. Saya tengok pun sudah rasa ngilu. Bayangkan jika peluru itu kena pada saya, sudah tentu bayi dalam kandungan saya akan meninggal dan kesihatan saya juga merosot seperti Along,” katanya pada hantaran Facebook.

Farah Cie berkata, dia terhutang nyawa dengan Along kerana sewaktu kejadian itu, pengawal peribadinya yang memegang tanggungjawab menjaga klien turut teringat pesanan ibu wanita tersebut.

“Jaga saya baik-baik. Along tidak mengelak apabila diacukan pistol dan mengambil langkah terus menghalang saya daripada terkena tembakan itu.

“Kini Along sudah seperti keluarga saya dan tanggungjawab saya. Along tidak dapat bekerja seperti biasa, tidak boleh kerja lasak dan apabila berdiri atau berjalan sudah terlalu cepat keletihan.

“Berat Along susut sebanyak 30 kilogram. Mungkin berat Along tidak akan naik kerana nafsu makan berkurang dan bila makan sudah cepat penat. Banyak perubahan pada diri Along sebelum dan selepas terkena tembakan ini.

“Sungguh saya terhutang nyawa kepadanya. Bagi saya Along layak diberi penghargaan kerana berani dan bertanggungjawab memegang amanah dalam tugasan,” katanya.

Wanita itu turut memohon semua supaya mendoakan kesihatan Along lebih-lebih lagi pengawal peribadinya mempunyai tanggungjawab terhadap isteri serta tiga anak termasuk seorang daripadanya bakal lahir pada November ini.

Pada April lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki nekad melepaskan tembakan sebanyak dua kali di Balai Ketibaan KLIA 1, Sepang pada awal pagi.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi, seorang pengawal peribadi turut tercedera akibat terkena tembakan tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... benjolan-farah-cie/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list