CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6368|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki OKU didakwa laku amang seksual

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan intelektual didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki, 15 Mac lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohamad Hafiz Al-Hilal Maula Murad, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lapan bulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah masjid di sini, lebih kurang 2.30 petang, pada 15 Mac lalu.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dihukum sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Farhan Abdul Halim.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kejadian itu menyebabkan mangsa trauma dan demi kepentingan awam.

Katanya, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, dia menawarkan RM20,000 dan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Ahmad Farhan memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah minimum dan tertuduh berjanji tidak akan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

"Ibu angkat anak guam saya boleh pastikan perkara itu. Lelaki itu adalah pemegang kad OKU ketidakupayaan intelektual dan dia adalah seorang lurus bendul dan senang dipergunakan oleh orang lain.

"Anak guam saya juga penghidap kencing manis kronik dan perlu menerima rawatan di hospital sebanyak tiga kali seminggu serta kakinya mempunyai kesan hitam," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -laku-amang-seksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046743 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list