CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4432|Reply: 0

[Kedah] 'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'

[Copy link]
Post time 21-5-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

21 Mei 2024 05:44pm








Mohd Azlan (dua dari kiri) mendukung Nur Rabbiatul Husna dan Norhidayu (kanan) mendukung Noor Ariz ketika ditemui di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah pada Selasa.




KUALA KEDAH - Keluarga yang tular dalam media sosial bersama bayi berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan sama sekali tidak berniat meraih simpati orang ramai.

Bapa bayi itu, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, 35, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.



Menurutnya, dia hanya tahu kisah bayi mereka yang perlu memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik tular selepas dimaklumkan isteri pada Isnin.
"Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.


"Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Kota Nelayan di sini pada Selasa.


Mohd Azlan (kiri) bermain dengan Noor Aariz ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah pada Selasa.




Katanya, dia hanya meraih pendapatan harian sebanyak RM50 sehari dengan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah.

"Wang itulah digunakan untuk menyara kehidupan kami sekeluarga termasuklah membeli keperluan anak lelaki kami dan pergi ke hospital.




"Kalau saya bekerja barulah ada gaji dan kami pernah terputus bekalan makanan selama beberapa hari pada minggu lepas kerana saya tidak bekerja selama 12 hari akibat demam campak," katanya.

Mohd Azlan berkata, mereka bukan hanya tidak mampu membeli makanan, malah tidak dapat membeli barangan keperluan Mohd Aariz termasuk lampin pakai buangnya.

"Kami tidak tahu hendak buat apa lalu ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Alhamdulillah, kami dapat bantuan wang segera yang mana ia digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan makanan," katanya.

Jelasnya, dia juga berterima kasih kerana nasib mereka mula berubah apabila gambar mereka menaiki motosikal ditularkan dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya,Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.

"Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini," katanya.

Menurutnya, anak lelakinya perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.

Disebabkan itu katanya, Mohd Aariz bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.

"Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.

"Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik," katanya.

Tambah suri rumah itu, selain Mohd Aariz dan Iman, dia juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.

Bagaimanapun, katanya, tiga anaknya kecuali Nur Rabbiatul dijaga ibu bapanya disebabkan dia dan suami tidak berkemampuan dari segi kewangan tambahan pula pendapatan di pelantar ikan adakalanya tidak mencukupi.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd Aariz boleh melakukannya dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) isterinya, NorHidayu Halim (0210029000677695).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055193 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list