CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5567|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis serbu makmal proses dadah, remaja 17 tahun antara tiga ditahan

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Rampasan dadah jenis heroin 8,461 gram, heroin base 377 gram, bahan kimia dan Pre-Cursor serta perkakasan alat memproses dadah bernilai RM117,000 pada sidang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal pemprosesan dadah membabitkan rampasan heroin bernilai RM117,000 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Seberang Perai Tengah, di sini.

Susulan itu dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Nepal berusia antara 17 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pemprosesan dadah berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata serbuan berkenaan dijalankan antara 20 hingga 21 Mei lalu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang.

Dalam serbuan itu, polis merampas 19 bungkusan plastik lutsinar dan sebuah besen mengandungi hablur dan ketulan disyaki dadah jenis heroin seberat 8.47 kilogram.


"Turut dirampas ialah balutan plastik berwarna coklat yang mengandungi heroin base seberat 337 gram, kotak mengandungi plastik lutsinar berisi bahan kafein seberat 9.5kg, bahan kimia serta peralatan dan perkakasan pemprosesan dadah.

"Risikan mendapati aktiviti sindiket itu bergiat aktif pada penghujung tahun lalu bagi pasaran tempatan dan ia boleh digunakan seramai 77,000 penagih dadah jika dipasarkan," katanya pada sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tangkapan positif dadah jenis morfin dan tetrahydrocannabinol (THC) manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

Remaja berusia 17 tahun itu sudah tidak bersekolah dan hubungan antara semua tangkapan masih dalam siasatan.

Semua tangkapan direman tujuh hari hingga 27 Mei bagi membantu siasatan.

Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana masing-masing dua kereta dan motosikal serta barangan kemas disita dengan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM223,800.
https://www.bharian.com.my/berit ... antara-tiga-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048542 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list