CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4739|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes resit tempah piza hina Islam: 3 warga Myanmar antara 4 ditahan

[Copy link]
Post time 23-5-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 23-5-2024 01:17 PM

Kes resit tempah piza hina Islam: 3 warga Myanmar antara 4 ditahan


Zuhainy Zulkiffli - Mei 23, 2024 @ 1:03pm bhnews@bh.com.my




Resit yang ditularkan adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan ‘remark’ yang disalah guna untuk cuba melakukan provokasi isu 3R. - Foto tular





BAYAN LEPAS: Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, di sini, yang didakwa menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata mereka membabitkan tiga warga Myanmar, termasuk sepasang suami isteri serta seorang lelaki tempatan, ditahan polisdi sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara, di sini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.


Katanya, tiga warga Myanmar berusia 19 hingga 28 tahun itu pekerja kebun durian, manakala lelaki tempatan berusia 67 tahun adalah majikan, semua ditahan pada Khamis minggu lalu.

"Tiga warga Myanmar itu direman sehingga 3 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Lelaki tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat, Isnin lalu.

"Setakat ini, kita sudah terima 17 laporan berkaitan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis merakamkan keterangan lapan individu, termasuk dua pekerja rangkaian restoran piza terbabit bagi membantu siasatan kejadian 15 Mei lalu itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050172 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list