View: 17710|Reply: 11
|
[Jenayah]
Malaysia: Isteri polis didakwa cuba racun suami, ibu mentua
[Copy link]
|
|
Isteri polis didakwa cuba racun suami, ibu mentua
- Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI
- 24 Mei 2024, 2:07 pm
![](https://carigold.com/forum/attachments/tertuduh-dibawa-keluar-selepas-didakwa-di-mahkamah-sesyen-kuantan-di-kuantan-hari-ini-2048x1-jpeg.790856/?watermark_date=1716553126)
KUANTAN – Isteri seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini atas dua pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menggunakan racun ke atas suami dan ibu mentuanya lima tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas suaminya di rumah No. 2, Lorong Seri Kuantan 23, di sini, pada Julai 2019.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit ke atas ibu mentuanya di Sara’s Home for The Aged beralamat No. 4, Lorong Seri Kuantan 59, di sini pada Jun 2020.
Pihak pendakwaan mencadangkan agar wang jaminan sebanyak RM15,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.
Peguam tertuduh bagaimanapun meminta agar yang jaminan dikurangkan berikutan tertuduh merupakan seorang ibu kepada dua orang anak berusia 15 dan 12 tahun selain dalam proses untuk bercerai dengan suaminya.
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain meminta agar tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mengacau ganggu saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai dan menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mn mangsa2 blh Tau yg mereka bakal diracun? Aneh Kes ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Eh baru perasan ejaan mentua. Bkn mertua ye. Nasib bkn calon SPM![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat docu kat netflix ke kat mana dah.. curry & cyanide.. |
|
|
|
|
|
|
|
bored_atticus replied at 25-5-2024 10:56 AM
teringat docu kat netflix ke kat mana dah.. curry & cyanide..
Ha ah kat netflix. SG pon tgk juga. Pempuan tu bunuh guna rajun cyanida pada mil, fil, hubby pastu siap tipu keje lecturer. Sbb fam in law nya jenis educated n mil sibuk suruh dia keje (since pempuan tu menipu kata ada degree). Bertahun2 tipu ulang alik pegi keje, siap pkai tag U tempat keje.
Cite tu best cuma xde ending sbb kes dlm perbicaraan. Mmg power la cara pempuan tu buat keje |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes yg mana....
Tak pernah baca pun |
|
|
|
|
|
|
|
Alah takyah tgk netflix, setakat mytv pun boleh. Tgk racun rihana. Tgk dia injek apa nk bagi mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes yg sheols curi jam rolex suami tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak marah apa agaknya dia ni![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya mokcik.. apa yang marah sangat tu.. laki ada anak gula ke sambil disokong mak mentua? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|