CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5400|Reply: 0

Martin calon hangat ganti Espargaro

[Copy link]
Post time 25-5-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

ESPARGARO membuat keputusan mengejut untuk bersara selepas berakhirnya saingan musim ini. - AFP

BARCELONA – Keputusan mengejut Aleix Espargaro mengumumkan persaraannya bersama Aprilia kelmarin menyaksikan bakal terdapat perubahan dalam senarai perpindahan pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Ketika ini, tiga pelumba MotoGP, Jorge Martin, Marc Marquez dan Enea Bastianini menjadikan Aprilia sebagai pilihan kedua mereka kerana menyasarkan untuk menyertai keluarga Ducati musim depan.

Martin bercadang untuk menyertai pasukan utama Ducati sekali gus menjadi rakan sepasukan Francesco Bagnaia dan jika perkara itu berlaku, ia bakal menyaksikan Bastianini ditendang keluar.

Bagaimanapun, Martin berdepan cabaran sengit untuk menyertai Ducati kerana Marquez yang kini bersaing bersama Gresini Ducati turut disebut-sebut bakal diserapkan bersama pasukan utama dari Itali tersebut.

“Sekarang tidak ada gunanya untuk mula memikirkan apa yang boleh menjadi pilihan yang baik atau tidak.

“Kita perlu menunggu sehingga saat itu. Jenama Eropah berada dalam keadaan baik, KTM dan Aprilia. Honda dan Yamaha akan tiba selepas ini.

“Buat masa ini, terdapat pilihan yang sangat kompetitif,” kata Martin ketika ditanya mengenai potensi menggantikan tempat Espargaro di Aprilia musim depan.

Dalam pada itu, Martin juga menegaskan dia akan memutuskan mengenai perjalanan kariernya dalam tempoh dua minggu selepas ini.

“Saya gembira kerana pasukan utama lain mengetuk ‘pintu’ saya. Saya tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam minggu-minggu akan datang.

“Jadi, saya akan melakukan yang terbaik di Montelo dan kita lihat apa yang akan berlaku selepas itu,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... at-ganti-espargaro/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051905 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list