CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3778|Reply: 0

[Selangor] Empat warga asing pura-pura bergambar, ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KLANG – Tindakan empat lelaki warga Bangladesh menceroboh pintu hadapan Pusat Hidrografi Nasional (PHN)Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pulau Indah dengan berpura-pura mengambil gambar memakan diri apabila dicekup baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 6 petang, Ahad lalu oleh anggota TLDM.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai TLDM berhubung empat lelaki yang menceroboh kawasan pintu utama PHN.

Katanya, siasatan mendapati empat warga asing itu sedang berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk pusat tersebut.

“Tidak lama kemudian, empat lelaki berkenaan berjalan kaki sehingga hujung pintu masuk dan berpura-pura mengambil gambar.

“Anggota TLDM kemudiannya menahan mereka dan memaklumkan kepada pihak polis untuk tangkapan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, tangkapan semula telah dilakukan pihaknya dengan merampas telefon bimbit milik suspek.

Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kini mereka direman selama tiga hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan pencerobohan jenayah dan Akta Imigresen 1959/63.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya,” katanya. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... idrografi-nasional/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059644 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list