CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3952|Reply: 0

[Sarawak] Polis Limbang mohon bantuan orang ramai jejaki Norasyiqin

[Copy link]
Post time 31-5-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode


NORASYIQIN

LIMBANG: Polis meminta kerjasama masyarakat untuk menjejaki seorang wanita, Norasyiqin Abdullah, 35, dilaporkan hilang selepas keluar rumah di sini pada 22 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menerima laporan mengenai kehilangan Norasyiqin beralamat di Lot 1840, Taman Damai B PPRT, Jalan Tebabang Limbang.

Menurutnya, Norasyiqin kali terakhir dilihat di kediamannya dengan memakai baju warna merah jambu bunga-bunga dan beg tangan berwarna hitam.

“Kita memohon bantuan seluruh warga masyarakat Limbang bersama mengesan dan menjejaki Norasyiqin dan boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mejar (SM) Mohd Syahrul Hisyam Abdullah di talian 019-8146768.

“Orang ramai juga boleh terus menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Limbang di talian 085-211466,” katanya dalam satu perkongsian di laman rasmi PDRM Limbang pada Selasa.

Parum berkata, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membantu mengesan orang hilang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052588 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list