CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4404|Reply: 0

[Sabah] Pemandu maut kereta bertembung lori 10 tan

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

TENOM: Pemandu sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) maut selepas bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Batu 8 Kampung Sapong Jalan Tenom Kemabong di sini.

Kejadian jam 11.46 pagi itu membabitkan mangsa berumur 66 tahun yang disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mudi Pengiran berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan empat tong iaitu salah satunya berisi klorin manakala tiga yang lain adalah tong kosong.

“Lori yang dipandu lelaki berumur 46 tahun terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan SUV yang dipandu mangsa dan seorang penumpang wanita berumur 71 tahun.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian pemandu dam berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tenom menggunakan Ambulans KKM sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, sebaik memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 1.17 petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055096 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list