CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7980|Reply: 0

[Sarawak] KDN sasar enam Baitul Mahabbah beroperasi sepenuhnya menjelang penghujung tahun

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode


Saifuddin Nasution (tiga kiri) menandatangani plak perasmian premis Baitul Mahabbah Bekenu, hari ini.

MIRI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan sebanyak enam Baitul Mahabbah iaitu fasiliti untuk menempatkan kanak-kanak warga asing di depot imigresen beroperasi sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga Baitul Mahabbah telah beroperasi iaitu di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah; dan Bekenu, Sarawak; manakala tiga lagi bakal dirasmikan iaitu di Kedah, Kelantan dan Johor.

“Kalau dalam keadaan depot imigresen yang sedia ada di mana yang dewasa dan kanak-kanak di tempat sekali, tentulah keadaan tidak kondusif, oleh itu KDN melalui Jabatan Imigresen tampil dengan idea menempatkan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah ini di premis yang lebih kondusif.

“Baitul Mahabbah yang pertama diluncurkan pada 4 September 2023 iaitu di Nilai, Negeri sembilan diikuti pada 15 Disember 2023 kita luncurkan yang kedua di Papar, Sabah dan hari ini (Khamis) di Bekenu adalah premis kita yang ketiga.

“Kita akan luncurkan lagi tiga berikutnya iaitu di Kedah, Kelantan dan Johor, sasaran kami adalah tahun ini paling kurang enam, tapi kalau boleh ikhtiar kami KDN adakan lebih daripada enam, itu akan kami umumkan.

“Ini boleh dilaksanakan kerana KDN untuk projek Baitul Mahabbah menerima peruntukan sebesar RM10 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan bajet tahun lepas untuk bajet tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Baitul Mahabbah Bekenu, petang Khamis.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus.

Menurut Saifuddin Nasution, premis itu kapasitinya boleh menempatkan kanak-kanak sehingga 50 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini di ketiga-tiga Baitul Mahabbah Nilai, Papar dan Bekenu mampu menempatkan seramai 239 orang.

“Oleh kerana status mereka tanpa dokumen, mereka kekal sebagai kategori yang kita berurusan dengan kedutaan negara mereka untuk tujuan akhirnya adalah penghantaran pulang,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata dengan wujudnya Baitul Mahabbah, KDN melalui Jabatan Imigresen berjaya mencapai beberapa objektif penting, pertamanya menterjemah prinsip MADANI iaitu sifat empati, ihsan dan pemurah.

“Keduanya, Jabatan Imigresen sebagai teraju utama program ini bersama RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) meneroka satu lagi tugasan baharu luar daripada tugas hakiki biasa iaitu berganding bahu untuk turut menjaga dan mengawal selia premis Baitul Mahabbah.

“Ketiganya, inisiatif ini boleh menarik penglibatan dan sokongan kumpulan-kumpulan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan individu-individu berpengaruh dan ini objektif yang paling minimum telah berjaya kita capai,” jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list